Pages

aku bersih!! tak, aku anti bersih!! uhm,mane satu ea?

salam ukhwah


aku nak kongsi sikit info tentang kumpulan bersih dan anti bersih dan siapa sebaliknya dan kisah yang patot kite tahu.


Bersih 2.0
perhimpunan bersih akan diadakan di kuala lumpur pada 9 julai 2011. perarakan besar-besaran ini meliputi pelbagai lapisan rakyat Malaysia sama ada berbangsa melayu, cina atau india. antara perkara yang diperjuangkan bersih adalah :

1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor


jika dilihat permintaan mereka, sebenarnya ada jawapan yang telah dijawab oleh spr dan kerajaan. lihat  no. 7. mereka kate ada parti yang membeli undi. jika betul la ada yang membeli undi kenapa x buat laporan pada sprm? jike kate sprm berat sebelah apa gune mahkamah? media massa? hebohkan perkara ini secara mnyeluruh. pasti rakyat akan membuka mata mereka.


yang lain2 rase korang bole cari maklumat dan fikirkan sendiri mana jawapannya. ^^


orang yang bertanggungjawab pada perhimpunan ini adalah ambiga screenevasan. 


sape kah ambiga?
ambiga adalah seorang peguam yang pernah memegang jwatan sebgai malaysian bar chairlady dari tahun 2007 hingga 2009.
ambiga adalah antara lapan orang penerima anugerah 2009 Secretary of State's Award for International Women of Courage Awards.(fuyoo~) Pencapaian yang membanggakan bagi rakyat Malaysia. 


persoalannya apa yang di perjuangkan? antaranya ialah:


1.  Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


2. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.


3. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


4.  Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


tu lah antara tuntutan yang dihantar kepada IFC (Inter Faith Commission). 
IFC berasal dari IRC  ( Inter Religion Council ) yang merupakan suruhanjaya antara kepercayaan yang dicadangkan sebagai badan berkanun. ditubuhkan oleh majlis perundingan Malaysia agama buddha, kristian, hindu, dan sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Mjlis peguam negara.


dari segi undang2, perhimpunan bersih adalah dibenarkan berdasarkan perkara 10: semua warga malaysia berhak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata. benar! ini memang wujud dalam perlembagaan. tapi, kowang baca yang bwah sampai abeh. BACA SAMPAI HABIS EA


Artikel 10.

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

(2) Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan:

(a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.  


panjang bebeno ea. aku nk ringkaskan tkot nanti salah mksud plak. jadi aku copy je la semua ni dari perlembagaan malaysia. hehe..


halal atau haram perhimpunan tu terpulang la pada kowang nak nilai.


anti bersih.
anti bersih adalh gabungan persatuan ngo dan parti politik yang bertujuan menghalang perhimpunan bersih dan meyakinkan dunia bahawa bersih tidak disokong oleh semua rakyat tetapi sebahagian sahaja.


adakah ini dibenarkan dalam undang-undang? pastinya tidak sama fasal yang digunakan diatas. Namun sikap agresif sesetengah pihak masih mahu melancarkan anti bersih. bagi aku bende ni tak patut. biarkan la bersih nak berhimpun. bila da dua musuh bertembung pastinya akan bertempur. yang rugi MELAYU jugak. gaduh sama sendiri. sudahlah pemuda umno, sudah la perkasa. biar polis jalankan tugas. xperlu bertindak sebagai polis.


malas nak cerita sal anti bersih ni sebab totally melayu yang sokong. wat malu je. hehe


sedikit renungan bersama:


dari syaqiq r.a katanya: saya pernah bersama dengan Abdullah dan Abu Musa dan keduanya mengatakan: bahawa Nabi saw bersabda: 'sesungguhnya sebelum saat (kiamat) ada beberapa hari (masa) yang ketika itu kebodohan bertambah, pengetahuan berkurang dan huru hara banyak terjadi. dan huru hara itu ialah pembunuhan.


dari Abdullah r.a : Nabi saw bersabda : 'mencaci orang islam itu satu kejahatan dan membunuhnya adalh kekafiran'


renung2kan dan selamat beramal. moga Allah ampunkan dosa-dosa kite dan rahmati hidup kite. AMIN 


sumber: Perlembagaan Malaysia, Terjemahan Hadis Shahih Bukhari jilid I,II,III,IV , www.bersih.org, JAIS.

No comments: